TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan
perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta
kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang
sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah
semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir
luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara.
Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan
negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari
sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh
anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah
hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan
negara. Sematkan juga di dalam diri semangat cintakan negara serta sentiasa
menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.
Best online casino site for playing live dealer games in
ReplyDeleteThe best online casino site for playing 카지노사이트luckclub live dealer games in Europe with live dealers. Find out our honest and trusted reviews here. Casino Live dealers: 100+Most Popular live roulette: Top casino