AHLI KUMPULAN

AHLI KUMPULAN
JABATAN

Wednesday, 24 February 2016

RUJUKAN



RUJUKAN

1) http://pmalaysia2014.blogspot.com
2) Buku pengajian malaysia edisi kelima -
     editor : Mardiana Nordin
                  Hasnah Hussiin

PENGAJARAN

PENGAJARAN

  • Rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara termasuklah pengkhianat negara .
  • Malaysia telah melalui pelbagai liku , halangan dan cabaran sebelum menjadi sebuah negara yang berdaulat pada hari ini.



KESIMPULAN

KESIMPULAN

Perjalanan sejarah membuktikan negaara ini pernah diceroboh oleh kuasa asing. Justeru masyarakat melayu selaku masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga nereka. Perjuangan ini kemudiannya disusuli juga oleh kaum kaum lain yang kemudian bersama sama berusaha untuk memartabatkan sebuah negara yang merdeka. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum akhirnya membuahkan hasil apabila kemerdekaan berjaya dicapai dan matlamat mendirikan negara berdaulat tercapai pada tahun 1957.

Seiring dengan perjalanan masa dan perkembangan politik rancangan menubuhkan persekutuan malaysia yang merangkumi tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei digagaskan dan Akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 september 1993 tanpa Brunei. Namun , Singapura pula telah keluar daripada persekutuan Malaysia selapas dua tahun persekutuan Malaysia ditubuhkan.

KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN

 
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR



PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN DI STADIUM MERDEKA KUALA LUMPUR 


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31hb Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

Pada upacara bersejarah itu wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.

Perisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibaca oleh Tunku dan selepas itu laungan ”MERDEKA” sebanyak tujuh kali.  Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan sebuah negara Islam dengan agama rasminya telah dilahirkan. Diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan ”Negaraku”. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi negara yang merdeka dan berdaulat.
Begitulah detik-detik sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang penuh dengan liku-liku dan ranjau yang telah dilalui oleh datuk nenek kita dahulu. Sebagai generasi penyambung kemerdekaan, kita hari ini sesungguhnya telah mewarisi kemakmuran yang telah dicipta oleh mereka.

MENJELANG DETIK 12 MALAM 31.08.1957



MENJELANG DETIK 12 MALAM 31.08.1957


Menjelang 30 Ogos, sekitar jalan-jalan bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling.
Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. 
Detik 10 malam, wakil-wakil yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat di sekeliling tiga bahagian padang. Diikuti dengan pembentukan 300 Pemuda Perikatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap menara jam.
Tunku Abdul Rahman diiringi masuk pada pukul 11.55 malam bersama 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal dengan pengiring polis. Tunku disambut oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Encik Saadon Jubir, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambantan. Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas mengadap ke tiga-tiga tiang bendera.
Pukul 11.58 semua lampu di padang dan di sekeliling dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. Detik 12 tengah malam lampu dipasangkan apabila jam besar berbunyi menandakan bermulanya era Tanah Melayu yang merdeka. Ini diikuti pula dengan laungan  ”Merdeka” oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang secara spontan.
Bendera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran Britih di Tanah Melayu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku  yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum. Setelah bendera berada di puncak tiang, sorakan ”Merdeka” telah dilaungkan oleh Tunku sebanyak tujuh kali.

SAMBUTAN KEPULANGAN ROMBONGAN MERDEKA DI BANDAR HILIR MELAKA



SAMBUTAN KEPULANGAN ROMBONGAN MERDEKA DI BANDAR HILIR MELAKA



Rombongan Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke Melaka. Satu sambutan besar-besaran diadakan membabitkan kira-kira 100,000 orang orang yang menunggu di Padang Bandar Hilir yang kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.
Sesungguhnya laungan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! telah berkumandang di sini buat pertama kalinya  pada 20hb Februari 1956.
Dengan itu maka pelbagai persiapan untuk pengisytiharan kemerdekaan telah dilakukan termasukalah pembinaan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.