Pilihanraya Persekutuan Pertama telah diadakan pada 27hb Julai 1955 di mana parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS dan Parti Buruh telah mengambil bahagian bagi merebut 52 kerusi yang dipertandingkan.
Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA dan MIC bagi membentuk Parti Perikatan bagi menghadapi pilihanraya ini. Hasilnya mereka berjaya mengusai 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan British bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak-ansur antara kaum-kaum di Tanah Melayu.
Dengan itu Tunku telah membentuk kabinet yang dianggotai oleh ketiga-tiga parti tersebut. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.
No comments:
Post a Comment